BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 20, 2012

SUBHANALLAH..!

Subhanallah..maha suci Allah..
bersyukurnya dapat lagi mengupdate blog nie..
walaupun dah berhabuk sebab x dilawat oleh tuan punya blog..huhu
x apalah...dia busy agaknya...
saya kan ada..biar saya yang update..


sesekali memuhasabah diri...
banyaknya kekurangan...
kerdilnya diri...
penuh dengan keaiban yang memalukan...


hidup yang sementara kat dunia ni...
mengajar banyak benda...
susah..senang..sedih..kecewa..bahagia...
macam mana pun kita...penghujungnya...
hanya Allah yang tahu...
golongan yang mana 1 kita ni...
kanan atau kiri...


hmm...terfikir sejenak...
layakkah kita ke syurga Allah...??
sedangkan saban hari kita melakukan maksiat dan dosa...
solat yang tidak khusyuk....
meneliti aib orang lain...


Ya Allah...ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah berlalu dan yang akan datang..~~


Januari 30, 2012

HATI OH HATI

Berhati-hati di jala raya.haha.macam biasa dengar ja ayat 2...Bila hati dah sayang...Layakkah aku menyayanginya.Dia terlalu baik untukku.. Ya Allah tolonglah hambamu membuat pilihan yang terbaik...Aku insan yang lemah ya Allah..Hakikatnya..Aku menyanyanginya. Ingin kujadikan kau isteri solehah buatku..tp...Allah maha besar..Ku ingin kau bahagia sayang...

Januari 29, 2012

RASULULLAH

MUHAMMAD S.A.W  diutus untuk dijadikan ikutan. Dia adalah yang terbaik dikalangan makhluk ciptaanNya.Demi untuk keselamatan kita di dunia dan akhirat ikutlah setiap ajaran yang dibawa.Janganlah sesekali mempertikai apa lagi menentangnya..Ingatlah ketika di Padang Mahsyar nanti Rasulullah satu-satunya insan yang kita cari untuk kita dapatkan syafaatnya.Bukan ayah,bukan ibu,bukan kawan,bukan kekasih, bukan segala-galanya.Hanya RASULULLAH kekasih ALLAH.. Cintakah kita kepada Rasulullah?.Sayangkah kita kepada junjungan besar nabi kita..Aku merinduimu ya Rasulullah..

Januari 21, 2012

I believe maher zain ft irfan makki lyrics

*****************



usah bertangguh untuk berubah...bertaubat sebelum terlambat...

Disember 15, 2011

Hati..

Assalamualaikum..jam dah menunjukkan angka 1 pagi..tapi mata masih x mengantuk..apakan dayaku sebagai seorang hamba Allah..

mungkin ada hikmahnya..dapat juga saya singgah sebentar untuk menjenguk blog ni..dah berhabuk agaknya..dah lama x diziarah..bukan x sudi..tapi kesibukan menjadi kekangan untuk selalu mengupdate blog ini..

tajuk di atas..sengaja saya tulis..entah mengapa teringin benar ingin menghurai tentang hati..macam yang kita tahu..hati itu adalah seketul daging yang mana jika ia baik maka baiklah kita..dan seandainya ia jahat maka jahatlah kita..bukan itu saja..hati itu punya pelbagai rasa yang sukar untuk kita gambarkan dan tafsirkan..dalam hati ada perasaan..perasaan itu juga kadangkala sering menipu diri kita secara kita sedar atau tidak..

kadang-kadang hati kita bersangka baik..kadang-kadang tidak..mengapa agaknya..hal ini disebabakan oleh kita yang kurang bijaksana dalam menjaga hati..sehingga ianya tidak selari dengan akal fikiran..ada orang cakap..buat apa la susah-susah bangun tahajud..bukan dapat apa pun..tidoq lagi best..hmm..dan ada jugak yang cakap..alhamdulillah..indahnya dapat bertahajud..hah??apa ni..yang mana 1 betul??

hehe..awaslah..syaitan sentiasa berusaha untuk mendominasi hati kita jika kita tidak pandai mengekangnya..sungguh dan benar..hanya hati yang tenang dan sentiasa mengharap redha Ilahi sahaja yang dapat merasai halawatul iman..kemanisan dalam beribadah..keindahan dalam bertahajud..ketenangan dalam melakukan kebaikan..moga kita tergolong..amin..

hati...kadang-kadang ia berasa ujub..riyak dan takabbur dengan diri sendiri..nauzubillah..acap kali kita mendengar kisah sperti ini berlaku..misalnya apabila seseorang itu mencapai kejayaan.."ini semua hasil titik peluh dan usaha saya selama ini..penatku akhirnya terbalas jua"...aduhai hati..mengapa begitu sombong??bukankah kejayaan itu milik Allah??..tapi bila gagal begini pula katanya.."nak buat macam mana..takdir Allah"..sedarlah hati..berjaya atau gagal kedua-duanya milik Allah yang Esa..

jika begitulah kita..berjaya kerana usaha sendiri..gagal kerana Allah..awas!!jagalah hatimu..ini kerana keadaan itu umpama kita tidak beradab dengan Allah dan tanpa kita sedar kita sedang mengoyak-ngoyakkan sifat kehambaan kita..

oleh itu..marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri..terlalu banyak kekhilafan diri..saya juga selalu berteka teki dengan hati dan perasaan..kadand-kadang kita berasa bingung dan tidak pasti dengan perasaan...semuanya kerana HATI ini...wallahualm.... =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

November 03, 2011