BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

November 03, 2011

My First Time Im Blogging...

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur dan puji-pujian hanya layak untuk Allah..kali ini adalah kali pertama saya mencatat dan berusaha untuk mencoret serangkap dua kata di sini walaupun kesibukan kian mencengkam..

Hari ini Jumaat..esok dah Sabtu..Hari Ahad pulak kita seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidiladha..begitulah resam manusia..membilang hari demi hari..tanpa kita sedar umur kita juga setiap saat dan detik semakin bertambah..

Kerana sifat tidak sedar itu bermaharajalela di dalam hatilah yang menyebabkan kita semakin terlalai dan terleka daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada yang Berkuasa..kepada agama..kita mudah terleka dengan tipu daya syaitan yang menyebabkan kita amat suka dengan keindahan dunia yang sementara..hanya pinjaman yang mirip pentas lakonan dan kita terpaksa bersusah payah untuk mengarah dan melakonkannya sendiri..


Benarlah ada sahabat mengatakan "dunia ini diperhiaskan oleh syaitan , yang mana syaitan sentiasa memperindahkan pandangan walaupun pandangan itu tiada satu pun yang berharga di sisi Allah SWT dia akhirat kelak"..


Kita ditipu dengan keindahan dunia yang sementara akan tetapi..apabila kita sentiasa mengingatkan diri kita bahawa "semua benda di atas muka bumi ini akan mati kecuali Allah kita pasti,pasti dan pasti tidak akan terpedaya.."


Akhir kalam..mencari dan mengenal erti keinsafan itu amat penting dalam menjalani dan melalui jalan-jalan yang penuh liku dan simpangnya....

0 ulasan: